Thursday, August 21, 2008

.::remembrance of Al-Quds::.

Memperingati Masjid Al-Aqsa dibakar

UTUSAN Malaysia, 19 Ogos 2008
Oleh MOHD. SAFWAN SAPARUDIN


TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.

Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.

Maka, atas sebab itu, Rohan tidak da- pat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.

Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.

Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu. Begitulah nasib Tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.

Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin.

Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.

Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.

Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.

PembelaanAkibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.

Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa. Kita berharap program ini akan menggerakkan masyarakat su- paya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.

Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.

Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara haram oleh rejim Zionis.

Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.

Sementara itu, antara aktiviti-aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini ialah ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin, cakera padat video (VCD), persembahan seni seperti teater, nasyid, dan festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung beli-belah dan sebagainya.

http://www.utusan. com.my/ utusan/info. asp?y=2008&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg
=re_05.htm

Wednesday, August 20, 2008

.::dehydrated everywhere::.

Assalamualaikum W.B.T

Rasanya dah nak masuk autumn, tapi masih sejuk. Walaupun matahari bersinar terik, angin yang dingin terus menusuk2 kalbu. Sejuk-sejuk sini pun, kelembapan sangat rendah. Natijahnya, kulit menjadi kering x hengat. Bila kulit kering, mulalah gatal-gatal. Seluruh badan dehydrated nampaknya...termasuklah muka, tangan dan kaki. Yang part muka ni, macam baru lepas kena sapu gam je...stiff semacam. Kalau gerak2...mula la cracking...mengelupas sana-sini. Sekarang baru la bersyukur sangat2 duduk kat Malaysia. Walaupun panas berpeluh2, tapi kulit tak kering. Biasela...kat mana2 pun ada kelebihan dan kekurangannya. Semua pun alam ciptaan Allah.

Selain sebab nature, faktor lain badan dehydrated adalah kerana kurangnya air dalam badan. Mungkin sebab puasa...tapi saya tahu ini bukan alasan. So, sebagai peringatan sempena Ramadhan yang bakal tiba ni, what I should do is to drink more plain water masa sahur dan berbuka. Ia juga untuk tujuan pencegahan constipation...ngee =D.

Hmm...kalau mengalami skin dehydration...haruslah apply moisterizer...
Kalau mengalami body dehydration...haruslah minum banyak air masak...
Tapi kalau mengalami mind/mental dehydration (as in malas nak study)...ape nak kene buat ek?...anyone???

Salam~

p/s: mental dehydration konon...alasan!!!! =P

.::aku rindu::.

Assalamualaikum W.B.T
di sana
ku melihat mereka
asyik bercanda mesra
terus sama tertawa ria
menikmati hangat bahagia

di sini aku
hanya berdiri kaku
mengimbau memori lalu
bersamamu di waktu dulu
betapa aku rindu saat itu

oh Tuhan yang Esa
yang ku damba hanya dia
tak tertahan lagi gelodak jiwa
untuk mendakap mengucup mesra
melerai segala pendam rasa

oh dikau yang ku rindu
diriku kan terus menunggu
sabar melalui sisa liku waktu
untuk kembali bersamamu
setia hingga akhir nyawaku

Salam~

Tuesday, August 19, 2008

.::sobran jameela::.

Assalamualaikum W.B.T

Bersabarlah duhai hati
Kerna jika Dia memberikan izin-Nya
Waktu itu pasti akan tiba jua
Bukan untuk sesiapa
Tapi untukmu sahaja

Asal kau selalu percaya
Kalau takdir itu sudah tertulis lama
Hanya menunggu waktu berlakunya
Segala perancangan Si Pencipta
Untuk mahkluk-Nya

Kalaupun ia tiada dalam rancangan-Nya
Mengertilah jika Dia bukan lupa
Tapi sengaja mencorak lukisan berbeza
Untuk hamba-Nya yang istimewa
Maka redhalah saja apa adanya

Salam~

"Fasbir sobran jameela : Maka bersabarlah engkau dengan kesabaran yang baik" (70:5)

Monday, August 18, 2008

.::sape yang rugi?::.

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, semalam kami diberi peluang sekali lagi untuk bertadarus 14 muka surat. Kami bertujuh masing2 membacakan 2 muka Al-Quran, bermula dari ayat 10 - ayat 115 surah Ali-Imran. Untuk sesi semalam, saya telah request setiap orang untuk pilih satu ayat yang paling terkesan pada diri. Dan saya telah pilih ayat 103.
"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (masa jahiliyyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk" (3:103)
Ayat ini mudah difahami tapi mesejnya juga jelas. Saya suka juga untuk mengaitkan ayat ini dengan ayat 17 surah al-Hujurat.
"Mereka merasa berjasa kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah, "Janganlah kamu merasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan, jika kamu orang yang benar"" (49:17)
Mungkin kita tak sedar tapi hakikatnya nikmat Iman dan Islam yang kita perolehi hari ini adalah satu kurniaan terbesar dari Allah untuk kita. Ingatlah, Allah tak akan pernah rugi kalau kita tak mahu mentaati-Nya sebab DIA takkan luak sikit pun dengan kekufuran kita. Tapi, kitalah yang celaka jika tidak mensyukuri nikmat tersebut lantas memilih jalan kesesatan setelah diberikan petunjuk. Jadi, sama2lah kita berdoa seperti dalam ayat 8 surah Ali-Imran.
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi....Aminn...."
Salam~

p/s: IT'S coming.....somebody is leaving ;)

Sunday, August 17, 2008

.::alhamdulillah..terima kasih Tuhan::.

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah...Congratulations to my sister-in-law for the birth of her second son yesterday =)
Welcome to the world little baby boy!! (xtau lagi pe name die;)
Nampaknya, setiap tahun my parents shud buat kenduri every August la sebab ade 5 family members yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan ni...
Selamat untuk semuanya =)

Salam~

p/s: Alhamdulillah, saya sangat gembira hari ini...dan sangat2 bersyukur pada-Nya...
Owh...terasa hati sangat melonjak2...
Terima kasih Tuhan atas segalanya...honto ni arigatou gozaimasu!!

Friday, August 15, 2008

.::salahke tak cakap yang betul?::.

Assalamualaikum W.B.T

Hmm...saya tak menipu tau...saya cuma tak cakap yang betul je...
Sebab saya rasa keadaan akan jadi awkward bile saya cakap perkara yang sebenar...
So, saya rasa lebih baik saya simpan sendiri perkara tu...and korang tak yah la tahu...
Bukan niat saya nak menipu...cume saya belum bersedia nak mengaku...muahaha...
Lagipun...nanti mesti saya tak selesa (saya rasa la) ;)
So, untuk mengekalkan keharmonian...baik saya pura2 tak tahu...
Sorry ye ;)

p/s: Sama ke menipu dan tak bercakap benar?....hehehe...

On another note:
Tadi saya tepon mak...tell her that I haven't improve much in terms of communication skills sebab saya tak mingle sangat pun dengan locals or mane2 omputih...
reasons:
satu, sebab saya memang tak reti bersosial...
dua, sebab saya tak minat sangat nak bersosial dengan omputih...(sbb banyak contoh yang saya nampak buat saya takut...owh...owh...owh...)

Sebenarnya, saya cuak gak...
Nampaknya, peluang saya untuk immerse dalam english-speaking background tidak dimanfaatkan sepenuhnya...hmm...ape nak jadi ntah...
While I may be doing fine with my study, my interpersonal skills cum my communication skills in English --> X meningkat langsung okeih...
Pastu saya tanya mak, apa mak expect dari saya sebab selama ni mak tak pernah paksa saya untuk menjadi ini atau itu...Semuanye terpulang pada saya...
Pastu mak jawab..."Semoga selamat pulang dengan jayanya"
And I was like..."tu je?"
Then mak continue..."Habis mak memang tahu ko jenis camtu...lain la kalau mak, mak memang jenis suka participate...bla...bla...bla..."
Me (dalam hati)...Mak memang memahami =) Sayang mak...muaXXX

Salam~